Warga emas maut dipukul pesakit mental

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas tiga hari dipukul pesakit mental di Kampung Dusun Durian, Bekelam, Bachok di sini Isnin lalu.

Mangsa yang berusia 93 tahun meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pada jam 4.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, ketika kejadian mangsa yang tinggal seorang diri di rumah didatangi seorang lelaki berusia 20-an.

"Orang kampung yang menyedari kejadian itu memaklumkan kepada anak mangsa yang kemudian datang ke rumah dan mendapati ayahnya cedera dipukul.

"Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Beris Kubur Besar untuk rawatan sebelum dirujuk ke HUSM untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang dirawat bagaimanapun meninggal dunia semalam di HUSM.

"Susulan itu suspek kemudian ditahan polis pada jam 6.30 petang semalam untuk siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh," katanya.

Artikel Berkaitan: