Hukum gantung gambar manusia pada dinding rumah

LEBIH baik kita tidak menggantung gambar makhluk hidup meskipun ia melibatkan gambar keluarga, perkahwinan dan seumpamanya pada dinding rumah kerana keluar daripada khilaf adalah lebih utama. -Gambar hiasan
LEBIH baik kita tidak menggantung gambar makhluk hidup meskipun ia melibatkan gambar keluarga, perkahwinan dan seumpamanya pada dinding rumah kerana keluar daripada khilaf adalah lebih utama. -Gambar hiasan
A
A
A

LAZIMNYA, kita akan menggantung gambar keluarga pada dinding rumah kita.

Begitu juga gambar yang memberikan momen indah buat kita seperti gambar konvokesyen, perkahwinan dan sebagainya untuk diabadikan sebagai kenangan.

Namun, Islam melarang umatnya untuk menggantung gambar makhluk hidup pada dinding rumah.

Bolehkah gambar-gambar berkenaan digantungkan jika hanya sekadar hiasan atau untuk dibuat kenangan?

Dalam hal itu, lebih baik perbuatan menggantung gambar makhluk hidup tidak dilakukan meskipun ia melibatkan gambar keluarga, perkahwinan dan seumpamanya.

Ini kerana, keluar daripada khilaf adalah lebih utama.

Namun begitu, bagi gambar-gambar makhluk bernyawa seperti manusia dan haiwan yang hanya disimpan dalam album mahupun komputer, ia tidaklah menjadi kesalahan.

Untuk gambar yang digantung, tiada masalah sekiranya kita menggantungkan gambar tumbuh-tumbuhan dan keindahan ciptaan ALLAH SWT kerana ia diharuskan.

Artikel Berkaitan:

Benarkah malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang menggantung gambar manusia?

Terdapat beberapa buah hadis yang menjelaskan perkara itu.

Daripada Aisyah RA, beliau menjelaskan: "Aku membeli sebuah bantal bergambar. Apabila Rasulullah SAW melihat ia, baginda berdiri di pintu dan tidak terus masuk ke rumah. Aku menyedari air mukanya berubah, kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak disukainya."

Aisyah berkata: "Wahai Rasulullah, aku bertaubat kepada ALLAH dan Rasul-Nya, (tolong beritahu aku) apakah dosaku?”

Rasulullah SAW berkata: “Ada apa dengan bantal ini?”

Lalu Aisyah menjawab: “Aku membelinya untuk engkau agar dapat duduk dan bersandar padanya."

Rasulullah SAW berkata: “Pembuat gambar ini akan diazab pada hari kiamat. Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar." (Riwayat al-Bukhari)

Dalam sebuah lagi hadis, daripada Ibnu 'Abbas: "Abu Talhah, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata: “Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar.” Yang dimaksudkan ialah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa.” (Riwayat al-Bukhari)

Ya, memang sukar untuk dilaksanakan apatah lagi jika ia melibatkan gambar yang kita sayangi.

Namun, apalah salahnya jika kita cuba untuk beralah demi agama dan untuk kebaikan bersama.

(Sumber: Portal Soal Jawab Agama Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang)

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!