Tapey muncul juara lagi

Nik Amir memeluk Tapey (kiri) dan Kubang Hitam Manis biri-biri baka Malin kesayangannya yang muncul johan dan Naib johan dalam pertandingan biri-biri cantik sempena Karnival Agro Al-Falah di Kampung Laut.
Nik Amir memeluk Tapey (kiri) dan Kubang Hitam Manis biri-biri baka Malin kesayangannya yang muncul johan dan Naib johan dalam pertandingan biri-biri cantik sempena Karnival Agro Al-Falah di Kampung Laut.
A
A
A

TUMPAT - Walaupun hitam tetapi cantik! Tapey seekor biri-biri baka Malin dinobatkan juara pertandingan biri-biri cantik selepas mengalahkan lapan biri-biri lain dalam kategori jantan dewasa sempena Karnival Agro Al-Falah di pekarangan pasar Kampung Laut hari ini.

Pemiliknya, Nik Amir Nasir, 42, biri-biri kesayangannya itu tidak menghampakannya apabila muncul juara untuk kali kelapan.

"Asal masuk bertanding pasti Tapey menang, ini kemenangan yang kelapan dalam pertandingan yang pernah disertai di seluruh negeri," katanya.

Selain Tapey, Nik Amir membawa biri-biri baka sama dikenali sebagai Kumbang Hitam Manis yang memenangi tempat kedua.

Nik Amir berkata, untuk menjaga biri-biri ini tidak rumit kerana hanya diberi makan rumput dan dedak.

Katanya, dia memelihara 70 ekor biri-biri dan kambing di Chabang Tiga Kampung Berangan sejak 25 tahun lalu dan memiliki tiga ekor biri-biri cantik.

Biri-biri Nik Amir jadi tumpuan pengunjung.
Biri-biri Nik Amir jadi tumpuan pengunjung.

"Setiap kali nak masuk bertanding saya perlu jangok (berhias cantik) Tapey.

Artikel Berkaitan:

"Bulu Tapey dipotong 10 hari awal sebelum masuk bertanding dan akan tinggal jambul dan bulu dada untuk kelihatan kejantanannya.

"Untuk nampak berkilat seluruh tubuh disapu pewarna hitam dan tanduknya disapu minyak kelapa," katanya.

Menurutnya, Tapey yang berusia dua tahun setengah pernah ditawarkan untuk dibeli dengan harga RM5,000 namun dia menolaknya.

"Tapey adalah kesayangan saya, biri-biri ini baka baik, tak mungkin saya akan jual pada orang lain," katanya.

Sementara itu, Karnival Agro Al-Falah berlangsung selama dua hari berakhir esok(Khamis) dengan pelbagai aktiviti menarik seperti gerai jualan, pertandingan ayam sorak, kucing cantik, sepak likung dan banyak lagi.

Perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.