Penunggang maut diseret kereta

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PASIR GUDANG - Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam satu kemalangan bersama sebuah kereta di Jalan Masai Lama - Seri Alam di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Nik Razi Che Mahmood, 54, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas diseret beberapa meter oleh kereta jenis Proton Wira terlibat.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Iszahwati Supardi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 8.25 pagi.

Susulan itu katanya, seramai lapan anggota bersama dua jentera telah digerakkan ke lokasi kejadian.

"Mangsa dilaporkan diseret kereta terlibat sejauh beberapa meter, sebelum terperosok ke dalam parit sedalam tiga kaki.

"Bomba mengambil masa beberapa minit untuk mengeluarkan mangsa dari parit tersebut sebelum menyerahkan mayat kepada pihak polis," katanya.

Menurut Iszahwati, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.35 pagi.

Artikel Berkaitan: