MB ingatkan penerima Notis 5A segerakan bayaran

Wan Rosdy (tengah) bersama sebahagian penerima Notis 5A di Dewan Tun Abdul Razak, Temerloh hari ini.
Wan Rosdy (tengah) bersama sebahagian penerima Notis 5A di Dewan Tun Abdul Razak, Temerloh hari ini.
A
A
A

TEMERLOH - Penerima Notis 5A di Pahang diminta tidak melengahkan pembayaran untuk mendapatkan geran atau suratan hak milik tanah bagi tanaman kelapa sawit.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penerima perlu menjelaskan notis tersebut dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh penerimaan notis berkenaan.

"Saya sengaja sebutkan hal ini agar peserta tidak lalai, sebaliknya serius berusaha untuk membantu diri sendiri memperoleh dokumen yang sangat berharga sepertimana surat hak milik tanah," katanya ketika berucap di Dewan Tun Razak, Temerloh hari ini.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Kakitangan Awam dan Penyampaian Suratan Hak Milik Tanah kepada 121 penerima di Kampung Teris, Lanchang yang juga peserta bagi Rancangan Tanah Berkelompok (RTK) Teris.

Setiap seorang akan menerima kira-kira 1.214 hektar dengan keluasan keseluruhan 161.874 hektar bagi tanaman kelapa sawit.

Dalam perkembangan lain, Wan Rosdy tidak menolak kemungkinan untuk meningkatkan nilai insentif khas Aidilfitri akan datang.

Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa menghargai perkhidmatan disumbangkan kakitangan kerajaan atau penjawat awam di negeri itu yang merupakan jentera pelaksana kepada apa jua dasar dan keputusan kerajaan.

"Sebagai menghargai sumbangan mereka, maka kepada sambutan Aidilfitri lalu, kerajaan negeri telah meluluskan insentif khas sebanyak RM600 seorang kepada 8,000 orang.

Artikel Berkaitan:

"Nilai ini mungkin boleh ditingkatkan lagi pada masa akan datang jika penjawat awam sekalian terus memperlihatkan kegigihan dalam menjalankan tugas demi mengukuhkan lagi kewangan negeri," katanya.