X

Kindly register in order to view this article
!

Yoe Parey harap Syahmi, Asif berdamai

Asif (kiri), Yoe dan Syahmi.
A
A

KOTA BHARU – [DIKEMASKINI] Bintang Youtube terkenal, Muhammad Ashrul Hakim Lukman atau Yoe Parey berharap hubungan antara dua sahabatnya Muhammad Syahmi Sazli dan Mohd Asyiff Suhaimi atau Asif kembali pulih seperti biasa.

Sebelum ini, wujud beberapa isu melibatkan kebajikan Asif sehingga menimbulkan salah faham antara pihak penjaga Asif dan juga Syahmi.

Namun kedua-dua pihak dikatakan akan bersemuka untuk menyelesaikan masalah tersebut dalam waktu terdekat.

Yoe Parey dalam satu video yang dimuat naik di laman sosial Instagram Syahmi berkata, beliau berharap perkara tersebut tidak akan berulang lagi.

Dia yang popular menerusi watak inspektor dalam Drama Spontan 10 turut memberi ‘amaran’, jika perkara tersebut berlaku lagi selepas ini, dia tidak akan teragak-agak untuk bawa kes tersebut ke ‘balai’.

“(Kita tidak mahu) benda ini berlaku lagi selepas ini, kalau berlaku lagi, kita nak igak (tangkap), (kita) selesai di balai (Polis),” katanya dengan tegas dalam video tersebut.

Video tersebut rata-ratanya menarik minat netizen dan masing-masing memberi komen positif supaya hubungan tiga rakan seperjuangan itu kembali seperti biasa.

Melalui video yang sama, Syahmi turut memberitahu, beliau juga tidak mahu memberi sebarang komen dan pihak ‘sana’ juga telah pun membuat permohonan maaf.

Awal Ogos lalu, Syahmi Sazli menerima trofi YouTube Gold Play Button selepas berjaya memiliki jumlah ‘subscribers’ seramai 1 juta dalam beberapa drama yang dilakonkan oleh Asif dan juga Yoe Parey.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus