'Ahli politik jangan jadi orang porak perandakan keadaan'

Dr Md Farid (tengah) melancarkan MyHero Award 3.0 Media Voting sempena Majlis Raising Of Jalur Gemilang and Flag Distribution Activity anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di Kuala Lumpur, hari ini.
Dr Md Farid (tengah) melancarkan MyHero Award 3.0 Media Voting sempena Majlis Raising Of Jalur Gemilang and Flag Distribution Activity anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di Kuala Lumpur, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli politik yang menjadikan isu perkauman untuk kepentingan politik peribadi perlu menghentikan tindakan yang mampu merosakkan keamanan negara yang telah dibina selama ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik berkata, tindakan sesetengah pihak termasuk ahli politik yang tidak sensitif berkaitan isu perkauman sentiasa dalam perhatian.

"Kita sudah beri nasihat dan perkara ini diberitahu dalam mesyuarat kabinet dan sebagainya supaya jangan sentuh isu sensitiviti yang mengaitkan antara kaum, pasal agama dan jangan guna ini sebagai personal milage kerana perkara-perkara itu tidak menguntungkan negara.

"Negara kita negara majmuk dan perlu jaga sensitiviti antara kaum. Sebagai pemimpin orang melihat apa yang kita cakap. Ahli politik jangan jadi orang yang memporak perandakan keadaan," katanya pada Majlis Raising Of Jalur Gemilang and Flag Distribution Activity anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini hari ini.

Majlis Raising Of Jalur Gemilang & Flag Distribution Activity anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di Kuala Lumpur, hari ini.
Majlis Raising Of Jalur Gemilang & Flag Distribution Activity anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Dr Md Farid, beliau menyambut baik cadangan dikemukakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berhubung akta khas penyebar kebencian bagi menangani isu perkauman di negara ini.

"Pada saya ia perlu untuk sesetengah perkara. Kita meraikan kebebasan bersuara tetapi kebebasan bersuara tidak sepatutnya menyentuh sensitiviti perpaduan masyarakat dan menggugat kestabilan negara yang mempunyai pelbagai kaum," katanya.

Terdahulu beliau turut merasmikan Pelancaran MyHeroAward 3.0 Media Voting.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan penganjuran anugerah khas wira-wira perpaduan itu sebagai satu inisiatif daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang wajar dipuji.

"Saya percaya pengiktirafan kepada penerima anugerah ini akan menjadi pemangkin kepada masyarakat agar menjadikan mereka ini sebagai role model," katanya.