Kerajaan beri penarafan bintang kepada kesatuan sekerja

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Amir Omar mewakili Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berucap pada Majlis Perasmian Seminar Laboir Enrichment and Professional (LEAP) di sini hari ini. - Foto ZAHID IZZANI
Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Amir Omar mewakili Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berucap pada Majlis Perasmian Seminar Laboir Enrichment and Professional (LEAP) di sini hari ini. - Foto ZAHID IZZANI
A
A
A

PUTRAJAYA - Kesatuan-kesatuan sekerja yang menunjukkan tahap tadbir urus yang baik dan sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka akan diberi pengiktirafan melalui penarafan bintang.

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, matlamat utama penilaian dalam bentuk ini untuk menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan kesatuan sekerja terutamanya aspek amalan pengurusan organisasi dan penyampaian perkhidmatan.

"Melalui inisiatif ini, satu ukuran penarafan bintang yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada kesatuan sekerja yang mempunyai amalan terbaik akan diwujudkan.

"Pengiktirafan ini diharap akan menjadi inspirasi dan contoh kepada kesatuan-kesatuan sekerja yang lain untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik," katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Amir Omar pada Majlis Perasmian Seminar Laboir Enrichment and Professional (LEAP) di Putrajaya di sini hari ini.

Kula Segaran berkata, pihaknya optimis bahawa pentadbiran kesatuan sekerja yang cekap dan berkesan mampu menyumbang kepada keharmonian industri sekali gus dapat meningkatkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara.

Katanya, dalam usaha untuk memastikan kesatuan sekerja Malaysia terus berdaya saing, KSM melalui Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Malaysia (JHEKS) dengan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) telah merangka 10 siri Seminar LEAP di seluruh negara.

"Walau bagaimanapun penganjuran LEAP tidak terhad kepada ahli kesatuan sekerja sahaja malah terbuka kepada semua pekerja dari pelbagai sektor.

"Seminar LEAP telah dirangka dengan menerapkan elemen National Occupational Skill Standard (NOSS) untuk membolehkan peserta 'reskilling', 'upskilling' serta pekerja yang 'multiskilling' bagi melahirkan pekerja yang cekap dan kompeten dalam memenuhi keperluan pasaran bidang pekerjaan masing-masing serta berupaya global," katanya.

Artikel Berkaitan: