Rokok, minuman keras bernilai RM2.47j dirampas

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Sebuah lori dengan muatan rokok dan minuman keras dipercayai diseludup dengan nilai keseluruhan dianggar RM2.47 juta ditahan polis, awal pagi semalam.

Komander Polis Marin Wilayah Lima Sarawak, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, lori berkenaan yang sedang dalam perjalanan menghala ke bandar raya ini ditahan di Batu 10, Jalan Landeh, di sini, sekitar 5 pagi.

Berikutan itu, seorang pemandu lori lelaki berusia 54 tahun, dipercayai berasal dari bandar raya ini, ditangkap dan diserah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan.

Lori serta muatannya iaitu sebanyak 31,200 tin minuman keras pelbagai jenama tanpa cukai dianggar bernilai RM187,200 dan rokok pelbagai jenama tanpa cukai dianggar bernilai RM1.5 juta dirampas di bawah Akta Kastam 1967.

"Ini kejayaan paling besar tahun ini daripada keseluruhan 25 kes tangkapan yang dilakukan pasukan polis marin di seluruh Sarawak sejak Januari sehingga September tahun ini

“Arak dan rokok dibawa lori terbabit dipercayai dibawa masuk ke negeri ini dari perairan untuk diedarkan ke premis sekitar bandar raya ini dan bandar lain. Kesemua barangan itu juga dipercayai berasal dari negara jiran berdasarkan jenamanya," katanya pada sidang media di sini, hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: