X

Kindly register in order to view this article
!

Cabar Noh letak jawatan ahli Parlimen

Dr Zulkafperi
A
A

TANJONG KARANG - Kenyataan Tan Sri Noh Omar yang mencabar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membubarkan Parlimen disifatkan tidak menghormati pilihan rakyat yang memberi mandat kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Bekas Calon Parlimen Tanjong Karang PRU14, Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi berkata, daripada mencabar pembubaran Parlimen, Noh dicadang meletak jawatan bagi kerusi dimenanginya bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjong Karang.

"Kami ingin melihat apakah beliau (Noh) masih mampu menang?," katanya.

Malah katanya, kenyataan Noh yang mengatakan kebanyakan rakyat ditemui tidak sabar menanti pembubaran Parlimen juga adalah tidak benar.

"Apa yang saya ketahui dan lalui sendiri kebanyakan rakyat adalah tidak sabar untuk membuang Noh dari Tanjong Karang.

"Tidak ada apa-apa perubahan yang mampu beliau lakukan untuk rakyat Tanjong Karang, rungutan yang biasa kita dengar adalah Tanjong Karang masih tetap seperti pekan koboi," katanya.

Bagaimanapun katanya, meskipun diakui Tanjong Karang kawasan kubu kuat UMNO, tetapi rakyat di kawasan itu telah bersedia berubah dan menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Bersatu akan menggantikan UMNO memperjuangkan agama, bangsa dan negara untuk menggantikan UMNO serta menjelang PRU 15 nanti matlamat pembangkang sifar di Selangor akan pasti menjadi kenyataan," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, Perdana Menteri dicabar membubarkan Parlimen sekiranya beliau yakin Pakatan Harapan (PH) mampu memenangi PRU-15 jika diadakan pada masa sekarang.

Noh yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, hanya pembubaran Parlimen sahaja memberi pilihan kepada rakyat untuk menentukan parti mana yang lebih layak mentadbir negara.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!