Wanita maut dipatuk ayam jantan peliharaan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

CANBERRA - Seorang wanita warga emas maut akibat pendarahan selepas diserang ayam jantan peliharaannya ketika sedang mengutip telur di kediamannya di kawasan pedalaman di South Australia.

Autopsi yang dilakukan ke atas mangsa berusia 76 tahun itu turut menemukan kesan patukan pada bahagian bawah kaki kirinya yang menyebabkan berlaku pendarahan lalu wanita itu jatuh pengsan sebelum disahkan meninggal dunia.

Pakar forensik di Universiti Adelaide, Prof Roger Byard turut mengkaji kes itu dan laporannya diterbitkan menerusi Jurnal Forensic Science, Medicine and Pathology untuk edisi Ogos.

Byard yang menulis artikel itu bersama Judith Fronczek memberitahu hanya dua luka kecil terdapat pada kakinya, namun wanita itu mempunyai rekod penyakit termasuk hipertensi, diabetes dan vena varikos (urat bersimpul).

Menurut laporan itu, kematian wanita itu adalah amaran terhadap bahaya haiwan berpotensi untuk mereka yang mengalami masalah vaskular.

"Kes ini menunjukkan walaupun haiwan domestik kecil juga boleh menyebabkan kecederaan yang membawa maut kepada golongan individu yang mempunyai masalah pembuluh darah," jelas artikel itu lagi. - Agensi

Artikel Berkaitan: