Bekas Exco Puteri UMNO meninggal dunia

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Bekas Exco Puteri UMNO, Norashikin Abdul Rahman, 46, meninggal dunia di Institut Kanser Negara, Putrajaya, hari ini, akibat kanser payudara.

Mengesahkan perkara itu, Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Seremban Wan Salwati Abdullah berkata, Norashikin menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.30 petang.

Beliau berkata jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediaman ibu bapanya di Kampung Jerangkang, Labu untuk dikebumikan pada malam ini.

"Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Labu Hilir selepas solat Isyak dan dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Buak, Labu Hilir," kata Wan Salwati ketika dihubungi Bernama di sini.

Allahyarham dikatakan menghidap kanser payudara sejak lima tahun lepas.

Norashikin meninggalkan suami Zaimi Mahalil dan tujuh anak.

Norashikin menyandang jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sembilan dari 2004 sehingga 2008, Exco Pergerakan Puteri UMNO pusat 2008-2012 dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rasah dari 2001-2012. - Bernama

Artikel Berkaitan: