Mayat dalam longkang ada kesan tikaman: Polis

 Baharudin Mat Taib
Baharudin Mat Taib
A
A
A

SHAH ALAM - Mayat yang ditemukan dalam longkang di Jalan Anggerik Mokara, Seksyen 31, di sini Ahad lalu mempunyai beberapa kesan tikaman di bahagian dada dan badan.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kesan tikaman tersebut ditemukan pada bahagian badan mangsa.

"Bedah siasat mendapati terdapat satu kesan tikaman di bahagian dada dan dua tikaman di bahagian abdomen," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, setakat ini identiti mangsa belum dapat diketahui.

"Mangsa tidak mempunyai sebarang pengenalan diri ketika ditemukan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintendan Yong Meng Heng di talian 019-5753399 atau 03-55202222," katanya.

Terdahulu, mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui dalam sebuah longkang berhampiran kawasan Jalan Anggerik Mokara, Seksyen 31 sekitar jam 8.30 pagi Ahad lalu.

Artikel Berkaitan: