Sahabat Band bawa lagu berunsur patriotik, nasihat

Sahabat Band yang baharu ditubuhkan sering tampil dengan lagu patriotik dan unsur nasihat.
Sahabat Band yang baharu ditubuhkan sering tampil dengan lagu patriotik dan unsur nasihat.
A
A
A

TANAH MERAH - Semangat cintakan negara mendorong anak muda di daerah ini menubuhkan kumpulan muzik yang membawa lagu berunsur patriotik dan nasihat, bernaung di bawah Kelab Sahabat Tanah Merah.

Kumpulan dinamakan Sahabat Band ini dianggotai lima anak muda berasal daripada pelbagai latar belakang dan sering menyertai persembahan majlis-majlis rasmi dengan pelbagai genre lagu termasuk berunsur kebangsaan dan keagamaan.

Vokalisnya, Zamzuri Ariffin atau lebih dikenali sebagai Zack berkata, idea penubuhan Sahabat Band diperoleh berikutan kebanyakan kumpulan muzik masa kini banyak tertumpu kepada lagu-lagu moden.

"Kami mahu tanamkan semangat kecintaan kepada negara agar golongan muda tidak lupa sejarah melalui nyanyian lagu unsur nasihat dan patriotik.

"Melalui lirik lagu kami juga turut memesan kepada generasi akan datang agar tidak terlibat dengan gejala negatif menggunakan genre rock," katanya.

Zamzuri berkata, empat lagi ahli kumpulan itu terdiri daripada Imie sebagai pemain gitar utama, Joe (gitar bass) dan Jaja (keyboard).

"Kami harap dengan adanya band seperti ini akan terus memberi kesedaran kepada anak-anak muda bahawa nasihat boleh disampaikan melalui lagu.

"Kami mahu dikenali sebagai band yang membawa unsur nasihat dalam lagu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, Sahabat Band turut dijemput mengadakan persembahan pada ambang merdeka kelmarin.