Manny Pacquiao lancar token kripto 'Pac'

Token Pac tersebut membolehkan para peminat membeli barang yang dijual Pacquiao dan berinteraksi dengannya di media sosial.
Token Pac tersebut membolehkan para peminat membeli barang yang dijual Pacquiao dan berinteraksi dengannya di media sosial.
A
A
A

MANILA - Juara tinju Filipina, Manny Pacquiao semalam melancarkan mata wang kripto beliau di sebuah konsert percuma di ibu negara.

Petinju berusia 40 tahun yang menumbangkan Keith Thurman, sekali gus muncul juara Kejohanan Welterweight Super WBA pada Julai lalu berharap token digital digelar Pac akan membolehkan para peminatnya membeli barang yang dijual olehnya selain berinteraksi dengannya di media sosial.

Mata wang maya Pac tersebut akan disenaraikan dalam Global Crypto Offering Exchange (GCOX) yang turut menamakan bekas bintang kelab Liverpool, Michael Owen sebagai pelabur swasta bersama kerabat diraja Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khaled Zayed al-Nahyan.

Difahamkan, ia adalah mata wang kripto pertama selebriti.

Sebelum ini, pemain tenis, Caroline Wozniacki dan penyanyi, Jason Derulo juga pernah merancang untuk melancarkan token kripto mereka dengan GCOX.

"Kami bukan mahu mengumpulkan wang yang banyak, namun untuk membina ekosistem," kata Pengasas GCOX, Jeffrey Lin. - Reuters

Artikel Berkaitan: