Kanak-kanak lelaki ditemui lemas

Arif Aiman Mohd Syabrul Khairi dalam bulatan.
Arif Aiman Mohd Syabrul Khairi dalam bulatan.
A
A
A

JERANTUT - Seorang kanak-kanak lelaki ditemui lemas ketika mandi di sebuah kolam di Felda Residen Tekam, Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR) di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Arif Aiman Mohd Syabrul Khairi, 8, ditemui lemas dalam kolam terbabit oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Mazlan Hassan berkata, mangsa yang juga murid Sekolah Kebangsaan PPPTR dikatakan telah meminta izin dengan ibunya untuk ke kolam terbabit bersama rakannya.

Menurutnya, mangsa dipercayai lemas dan meninggal dunia di lokasi kejadian apabila mayatnya ditemui terapung dalam kolam tersebut.

"Mayat mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Jengka 8, Maran dan pihak klinik telah menghubungi polis untuk memberitahu kejadian tersebut.

"Ibu mangsa yang berada di rumahnya di Desa Kenanga, PPPTR mengetahui kejadian tersebut setelah dihubungi oleh orang awam," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jerantut untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga.

Beliau memberitahu, tiada sebarang kecederaan ditemui pada badan mangsa dan tiada unsur jenayah.

Artikel Berkaitan: