Dua penuntut Kolej Matrikulasi Pahang dikhuatiri lemas

Pasukan bomba sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat dua penuntut yang dikhuatiri lemas ketika bermandi-manda di tingkat 1, Air Terjun Berkelah pagi tadi.

A
A
A

KUANTAN - Dua penuntut Kolej Matrikulasi Pahang dikhuatiri lemas ketika mandi-mana di tingkat 1, Air Terjun Berkelah, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.13 pagi tadi, dua remaja lelaki berkenaan menghabiskan masa cuti bersama rakan-rakan di kawasan perkelahan tersebut sebelum tragedi berlaku.

Seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas diketuai Ketua Balai, Penolong Penguasa Bomba (PPGB) Normasni Mat Taib dikejarkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.

Pasukan bomba sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat dua penuntut yang dikhuatiri lemas ketika bermandi-manda di tingkat 1, Air Terjun Berkelah pagi tadi.
Pasukan bomba sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat dua penuntut yang dikhuatiri lemas ketika bermandi-manda di tingkat 1, Air Terjun Berkelah pagi tadi.

Operasi turut dibantu anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kuantan.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: