Anwar pinggir kepimpinan wanita dalam PKR

Haniza Mohamad Taha
Haniza Mohamad Taha
A
A
A

LEMBAH JAYA - Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamad Taha mendakwa parti gagal memartabatkan agenda untuk mengangkat 30 peratus golongan wanita dalam kepimpinan.

Menurutnya, perkara itu dapat dilihat setelah pengumuman barisan kepimpinan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan memberi gambaran Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminggirkan golongan wanita.

"Agenda Pemberdayaan Wanita merupakan satu topik penting dalam membentuk Malaysia Baharu dan perkara ini telahpun dinatijahkan dalam pelbagai perkara yang telah dilaksanakan oleh kerajaan PH.

"Sayangnya, perkara ini seolah-olah telah dipinggirkan oleh presiden (Anwar), dalam pelantikan MPP PKR yang telah menyaksikan kurangnya representasi wanita dalam pelantikan tersebut," katanya menerusi kenyataan.

Selain itu, Haniza yang juga Adun Lembah Jaya turut terkilan apabila teguran yang telah diberikan oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah disalah ertikan oleh Anwar yang menganggap teguran tersebut adalah bersifat peribadi.

"Apa yang diperkatakan oleh timbalan presiden adalah benar, yang mana 'fair and just representation' yang diperkatakan oleh beliau juga termasuk representasi sekurang-kurangnya 30 peratus pemimpin wanita PKR dalam lantikan tersebut.

"Saya mohon kepada presiden untuk tidak bias dan melihat teguran-teguran daripada kami semua anggota PKR sebagai satu perkara yang positif dalam meraikan demokrasi.

"Keadilan itu sendiri bermaksud meletakkan sesuatu perkara di tempat yang hak. Sewajarnya presiden mempertimbangkan semula keputusan ini agar PKR dalam erti kata sebenar dapat ditegakkan," katanya.

Artikel Berkaitan: