Khir Rahman nak bayar cukai

Pelakon, Khir Rahman
Pelakon, Khir Rahman
A
A
A

"SEBAHAGIAN daripada jumlah duit kemenangan, saya nak bayar cukai," jawab pelakon hebat Khir Rahman, 46, spontan kepada Sinar Harian apabila diajukan mengenai perancangan hadiah kemenangan RM50,000.

Kemenangan Khir bersama anggota kumpulan JBorn lain, Vicha dan Joey masing-masing membawa nilai yang sama menerusi pertandingan realiti muzikal komedi anjuran Astro Warna, Muzikal Lawak Superstar, Jumaat, semalam.

Dalam pada itu, Khir berkata, mereka bakal duduk berbincang untuk projek khas JBorn.

"Masih dalam perancangan sekadar bercakap sahaja.

"Mungkin sebahagian jumlah daripada RM50,000 akan kami agihkan untuk projek.

"Cuma kaedahnya masih belum tahu bagaimana, kami mahukan impak," jelasnya yang merancang mahu JBorn mengeluarkan single, selain filem ataupun drama bersiri.

Artikel Berkaitan: