RON97 turun satu sen

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON97 turun satu sen seliter daripada RM2.51 kepada RM2.50 seliter bagi tempoh 31 Ogos hingga 6 September.

Kenyataan Kementerian Kewangan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter bagi tempoh sama.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, Kementerian berkata, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.20 seliter dan RM2.23 seliter.

“Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas di mana harga runcit produk petrol RON95 berada pada paras RM2.21 seliter dan diesel pada RM2.25 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” kata kenyataan itu.

Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 31 Ogos sehingga 6 September adalah berjumlah RM48.84 juta.

Artikel Berkaitan: