Dua beranak maut, motosikal rempuh belakang lori

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
A
A
A

SEBERANG PERAI - Dua beranak maut apabila motosikal dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori penyelenggara lebuh raya di Kilometer 144.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di Juru pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, mangsa, S Anbalagan, 46, dan anak lelakinya, A Dineswaran, 23, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal mangsa yang datang dari arah Simpang Ampat menghala ke Juru telah melanggar belakang lori tersebut.

"Lori penyelenggara lebuh raya itu didapati berhenti bagi menjalankan kerja di laluan itu.

"Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, siasatan mendapati penunggang motosikal mempunyai lesen memandu.

"Pemandu lori tersebut yang berusia 28 tahun tidak mengalami kecederaan dan dia juga mempunyai lesen memandu," katanya.

Artikel Berkaitan: