Murid bangun awal, teruja mahu sertai Malaysia #QuranHour

Sejak awal pagi murid-murid dari Sekolah Khalifah Metod Ampang sudah berkumpul di Masjid Putra untuk menjayakan Malaysia #QuranHour.
Sejak awal pagi murid-murid dari Sekolah Khalifah Metod Ampang sudah berkumpul di Masjid Putra untuk menjayakan Malaysia #QuranHour.
A
A
A

PUTRAJAYA - "Seawal pagi, anak-anak ini sudah berkumpul di sekolah bagi menyertai Malaysia #QuranHour di Masjid Putra. Mereka kelihatan sangat teruja."

Demikian perkongsian guru dari Sekolah Khalifah Metod Ampang, Syafiq Salleh, mengenai perasaan 27 muridnya berusia dari tujuh hingga 11 tahun sebelum tiba di Masjid Putra pagi tadi.

"Mereka semua bangun awal pagi, gembira sangat nak mengaji, semua elok tak buat perangai.

"Alhamdulillah, kita cuba semai amalan membaca al-Quran. Ini kali ketiga kami sertai program ini," katanya kepada Sinar Harian.

Menyifatkan Malaysia#QuranHour sebagai satu program yang baik, Syafiq berkata, anak-anak kecil perlu dididik dengan amalan membaca al-Quran dan menerusi Malaysia#QuranHour sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada mereka betapa pentingnya membudayakan kitab suci berkenaan.

"Ia memberi pendedahan yang sangat baik dan melaluinya mereka dapat diterapkan dengan amalan al-Quran," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Malaysia #QuranHour berlangsung hari ini

Artikel Berkaitan:

Pelajar, guru teruja sertai Malaysia #QuranHour

Sudarti tak pernah tinggal Malaysia #QuranHour