Bersatu untuk mereka yang ditindas

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersemangat ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan Armada sempena Perhimpunan Agung Bersatu hari ini. - Foto Bernama
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersemangat ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan Armada sempena Perhimpunan Agung Bersatu hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan parti itu adalah untuk mereka yang kedana, ditindas dan tiri.

Katanya, di saat parti itu mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan, ada Melayu peneroka Felda masih kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Namun begitu, beliau menyatakan rasa bangga kerana kerajaan hari ini membantu peneroka Felda dengan menyediakan peruntukan khas sebanyak RM77 juta.

"Bayar hutang, bayar khairat kematian, bayar sara hidup, bayar hasil tanam semula. Semua kerajaan bantu," katanya

Menurutnya, Malaysia berhadapan sekatan eksport sawit daripada Kesatuan Eropah (EU).

"Malaysia adalah pengeluar utama dunia untuk minyak sawit? Ya, yang terbesar di dunia dengan 42 peratus hasil minyak sawit dari Malaysia.

"Macam mana kita jadi pengeluar utama dunia kerana tangan peneroka Felda yang membawa nama dan produk sawit Malaysia. Mereka ini lah anak-anak Felda yang membanting tulang, tapi, EU sekat," katanya.

Jelasnya, pelbagai alasan diberikan EU, namun hakikat sebenar adalah mereka suka membuli negara lebih kecil.

Artikel Berkaitan:

"Sebab kita yang kawal minyak sawit dunia jadi mereka takut.

"Saya janji dah sampai masa kita bawa hak dan suara Felda. Ini semua anak Melayu kita. Tak ada Felda, Melayu susah," katanya.

Justeru, beliau mencadangkan supaya kerajaan mulakan gerakan serius dan berani melawan EU.

"Jika mereka boikot produk Felda, kita harus lawan.

"Kalau EU boleh boikot Felda, kita boleh buat perkara serupa. Kami akan minta sokongan daripada Ahli Parlimen, jemaah menteri untuk lawan EU. Gerakan bangun Felda perlu dimulakan," katanya.