Bot pukat jerut ditahan tangkap ikan di pesisir pantai

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail (kanan) bersama Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang Deputi Superintenda Mohd Khairuddin Jamal (kiri) ketika meninjau tujuh bot nelayan pukat jerut yang ditahan di jeti Markas Operasi Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang selelas sidang media hari ini.

A
A
A

KLANG - Sebanyak tujuh bot nelayan pukat jerut dengan 111 tekong dan awak-awak ditahan selepas didapati menangkap ikan dalam kawasan pesisir pantai sekitar jam 1 pagi semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, bertindak atas maklumat awam, anggota PPM yang sedang membuat rondaan di perairan Tanjung Karang berjaya mengesan sekumpulan bot nelayan pukat jerut sedang menangkap ikan di pesisir pantai.

Menurutnya, menyedari kehadiran bot ronda PPM, kumpulan nelayan itu memadam lampu bot dan bertindak melarikan diri.

"Namun hasil kecekapan PPM berjaya menahan tujuh bot nelayan kelas C jenis pukat jerut dari kedudukan kurang dari lima batu nautika perairan laut Tanjung Karang.

"Kesemua bot yang ditahan dibawa ke Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut," katanya.

Bot nelayan pukat jerut yang ditahan PPM Pelabuhan Klang.
Bot nelayan pukat jerut yang ditahan PPM Pelabuhan Klang.

Beliau berkata demikian pada sidang media di jeti Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang di sini hari ini.

Hadir sama, Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Mohd Khairuddin Jamal.

Artikel Berkaitan:

Rosman berkata, seramai 111 orang ditahan terdiri daripada tekong dan awak-awak.

"Seramai 11 orang merupakan warga tempatan termasuk tekong manakala 101 warga asing terdiri daripada warga 70 warga Thailand, Kemboja (18), Myanmar (6), Indonesia (6) dan Laos (1).

"Semua yang ditahan berusia 23 hingga 51 tahun dan warga asing yang ditahan mempunyai pasport yang sah," katanya.

Rosman memberitahu, hasil pemeriksaan ke atas bot nelayan tersebut mendapati sejumlah lebih kurang empat tan ikan pelbagai jenis dalam petak ikan bot manakala tiga lagi bot tidak mempunyai ikan dipercayai telah membuang hasil tangkapan ke laut bagi melupuskan bukti.

Bot nelayan pukat jerut yang ditahan PPM Pelabuhan Klang.
Bot nelayan pukat jerut yang ditahan PPM Pelabuhan Klang.

"Pemeriksaan lanjut mendapati ada beberapa kesalahan lain yang melanggar syarat lesen dan di bawah Alta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)," katanya.

Menurutnya lagi, bot nelayan kelas C pukat jerut kawasan tangkapan ikan adalah perairan melebihi 15 batu nautika.

"Kegiatan mereka menangkap ikan di pesisir pantai satu pencerobohan dan menindas nelayan kelas A.

"Justeru itu, PPM akan terus meningkatkan pengumpulan maklumat dan operasi dari masa ke semasa bagi membendung permasalahan perlanggaran syarat lesen oleh bot nelayan tempatan," katanya.