Sila log masuk terlebih dahulu.

70 peratus kawasan hutan dan tanah pertanian dipadamkan

Chen Choon memberi penerangan kepada Kit Siang ketika melawat SMK Tanjung Adang hari ini.
Chen Choon memberi penerangan kepada Kit Siang ketika melawat SMK Tanjung Adang hari ini.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI – Kira-kira 70 peratus kawasan hutan dan tanah pertanian yang terbakar di Kampung Pekajang dekat Gelang Patah di sini berjaya dipadamkan.

Komander operasi, Penguasa Kanan Bomba I, Mohd Faizul Selamat berkata, ia membabitkan kawasan seluas 11.2 hektar dengan baki dianggarkan 4.98 hektar.

Menurutnya, kerja-kerja pemadaman akan digiatkan seramai 140 anggota bomba yang bertugas di lokasi berkenaan menerusi pelbagai aset dan strategi yang diatur.

“Keadaan setakat ini terkawal. Kebakaran bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Adang sudah dipadamkan.

“Parit sejauh tiga kilometer turut digali dan diisi air mengelilingi kawasan hutan yang terbakar bagi mengelakkan ia merebak ke kawasan lain,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Operasi Bomba di Balai Raya Kampung Tanjung Adang di sini hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang diiringi Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon melawat kawasan kebakaran di situ.

Sebelum ini, kebakaran dilaporkan berlaku membabitkan kawasan seluas 16.18 hektar sejak 21 Ogos lalu yang mana operasi hari ini memasuki hari ketujuh.

Artikel Berkaitan: