Tiga maut nahas empat kenderaan

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam nahas tersebut.Foto: Ihsan PDRM
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam nahas tersebut.Foto: Ihsan PDRM
A
A
A

SEREMBAN - Tiga maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 269.9 Lebuhraya PLUS arah Utara selepas keluar Tol Ainsdale, malam tadi.

Bagaimanapun, identiti mangsa maut belum dikenal pasti setakat ini.

Mangsa disahkan maut ialah penunggang dan pembonceng motosikal serta pemandu trelar membawa LPG. Foto: Ihsan PDRM
Mangsa disahkan maut ialah penunggang dan pembonceng motosikal serta pemandu trelar membawa LPG. Foto: Ihsan PDRM

Nahas jam 10 malam membabitkan sebuah treler membawa muatan tong gas petroleum cecair(LPG), lori tangki dan dua buah motosikal itu mengakibatkan berpuluh LPG bertaburan di atas lebuh raya.

Berpuluh tong gas LPG bertaburan di atas jalan raya dengan keadaan kenderaan berat berkenaan melintang di tengah jalan.Foto: Ihsan PDRM
Berpuluh tong gas LPG bertaburan di atas jalan raya dengan keadaan kenderaan berat berkenaan melintang di tengah jalan.Foto: Ihsan PDRM

Malah kenderaan berat berkenaan melintang di tengah lebuh raya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Abdul Kadir berkata, mangsa disahkan maut ialah penunggang dan pembonceng motosikal serta pemandu trelar membawa LPG.

Menurutnya, kemalangan itu mengakibatkan berlaku kesesakan teruk sehingga lima kilometer.

Artikel Berkaitan:

"Laluan ditutup sepenuhnya dan kenderaan dilencong masuk ke Tol Ainsdale dan keluar mengikut Tol Nilai.

"Laluan kontra akan dibuka dan orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika memandu dan mengikut arahan petugas lebuh raya," katanya.