Dua kawasan catat IPU tidak sihat

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara pada 9 malam ini, menunjukkan dua kawasan mencatatkan status kualiti udara tidak sihat.

Mengikut data Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), IPU 133 dicatatkan di Rompin, Pahang, manakala bacaan IPU 102 direkodkan di Batu Pahat, Johor.

Turut mencatatkan bacaan tinggi ialah Bandaraya Melaka (95), Segamat, Johor (90), dan Kluang (89).

Sementara itu, majoriti semua kawasan lain mencatatkan bacaan IPU sederhana dan baik.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: