Lapan Amanah kawasan Pahang selesai lantik AJK baharu

Jalani (empat dari kanan) bersama Ketua Amanah Kuala Krau, Abdullah Yaacob (lima dari kanan).
Jalani (empat dari kanan) bersama Ketua Amanah Kuala Krau, Abdullah Yaacob (lima dari kanan).
A
A
A

KUANTAN - Lapan Parti Amanah Negara (Amanah) kawasan di Pahang selesai melantik ahli jawatankuasa (AJK) baharu bagi sesi 2019/2022 masing- masing dalam Mesyuarat Tahunan Kawasan yang diadakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Amanah Negeri Pahang, Jalani Ludin berkata, kawasan yang selesai menjalankan Mesyuarat Tahunan Parti Amanah Negeri Pahang adalah Jerantut, Bera, Temerloh, Rompin, Indera Mahkota, Paya Besar, Kuala Krau, Kuala Lipis.

"Bagaimanapun, tiga lagi kawasan iaitu Bentong, Raub dan Kuantan masih belum menjalankan mesyuarat," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, kedua- dua sayap Angkatan Wanita Amanah (Awan) Pahang dan Pemuda Amanah Negeri Pahang telah selesai menjalankan Mesyuarat Tahunan masing-masing pada 25 Ogos 2019.

Jalani bersama Angkatan Wanita Pahang.
Jalani bersama Angkatan Wanita Pahang.

Menurutnya, dalam mesyuarat berkenaan, Ketua Pemuda Amanah Pahang yang baharu dilantik ialah Muhammad Ibrohim Mazalan manakala Ketua Angkatan Wanita Amanah Pahang yang baharu ialah Noraini Abdul Ghani.

"Muhammad Ibrohim menggantikan penyandang terdahulu, Nur Addin Ibrahim manakala Noraini menggantikan Ketua Wanita lama, Normah Yusof.

"Sementara itu, Ketua Amanah Kawasan Rompin ialah Mohd Fadzli Ramly; Ketua Amanah Indera Mahkota, Abdul Aziz Ahmad; Ketua Amanah Jerantut, Shafie Riffin; Ketua Amanah Temerloh Syed Hamid Syed Mohamed dan Ketua Amanah Kuala Krau, Abdullah Yaacob.

Artikel Berkaitan:

"Lipis mengekalkan penyandang terdahulu iaitu Aziz Jalal begitu juga Kawasan Bera yang mengekalkan Manan Ahmad sebagai ketua kawasan tersebut," katanya.

Ketua Amanah Bera, Manan (tengah) kekal dilantik ketua bagi sesi baharu.
Ketua Amanah Bera, Manan (tengah) kekal dilantik ketua bagi sesi baharu.