Beli telefon bimbit terpakai guna duit palsu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang suri rumah menanggung kerugian apabila menerima 40 keping wang kertas palsu RM50 dalam urus niaga menjual telefon bimbit terpakainya semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, dalam kejadian sekitar jam 2.45 petang, pengadu telah bertemu dengan pembeli telefon terpakainya, Samsung Galaxy S10 plus di Shell Jalan Klang Lama.

Menurutnya, pembeli telefon yang merupakan seorang lelaki dan seorang wanita membuat bayaran menggunakan wang kertas RM50 sebanyak 40 keping.

"Namun setelah pembeli tersebut beredar, pengadu yang merupakan seorang suri rumah dapati wang kertas yang diterima adalah palsu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arifai berkata, susulan itu polis kini giat memburu suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 489 B Kanun Keseksaan.

Arifai juga menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika berurusan dalam transaksi jual beli dengan orang yang tidak dikenali atau sebarang transaksi secara atas talian bagi mengelakkan diperdaya.

Artikel Berkaitan: