Murid tahun enam lemas terjatuh dalam kolam

No Image Caption
A
A
A

PADANG BESAR - Seorang murid tahun enam lemas selepas terjatuh ke dalam kolam berhampiran kawasan kuari ketika keluar bersama tiga lagi rakannya di Kampung Bukit Merah, Beseri di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata, dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa, Mohd Shafiq Abdul Halim, 12, keluar bermain bersama rakan-rakannya sebelum tergelincir ke dalam kolam kuari berkenaan.

“Rakan mangsa yang terlihat kejadian itu segera mendapatkan bantuan daripada penduduk kampung.

"Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar dan disahkan meninggal dunia kira-kira 6 petang selepas sejam cuba diselamatkan," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, siasatan awal tiada unsur jenayah dikesan dan mangsa tergelincir ke dalam kolam ketika melalui kawasan kuari itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: