Polis kawal Brickfields

Suasana sekitar kawasan Little India, Brickfields.
Suasana sekitar kawasan Little India, Brickfields.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [VIDEO] Suasana sekitar kawasan Little India, Brickfields masih tenang dan perniagaan beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun, pihak polis tetap melakukan kawalan bagi persediaan himpunan 'Say No Zakir Naik, Equal Rights to Indians and Other Races' itu yang dijadual berlangsung jam 2 petang ini.

Difahamkan, penganjur himpunan berkenaan, Shankar Ganesh telah membatalkan perhimpunan aman hari ini selepas mendapat panggilan telefon daripada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi.

Suasana sekitar kawasan Little India, Brickfields.
Suasana sekitar kawasan Little India, Brickfields.

Meskipun himpunan membantah penceramah kontroversi Dr Zakir Naik itu sudah dibatalkan, namun masih terdapat mesej tular menerusi WhatsApp yang menggesa rakyat untuk terus berhimpun hari ini, dengan peringatan supaya bersurai secara aman.

Buat masa ini, media dan pihak berkuasa mula berkumpul di Little India bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Artikel Berkaitan: