Jagung madu pesisir Sungai Kelantan pilihan ramai

Zulkifli memerhatikan kerja-kerja pengasingan mengikut gred dilaksanakan sebelum jagung madu diagihkan kepada peraih-peraih yang setia menunggu di kebunnya di Kampung Paloh Rawa Hilir di sini hari ini.
Zulkifli memerhatikan kerja-kerja pengasingan mengikut gred dilaksanakan sebelum jagung madu diagihkan kepada peraih-peraih yang setia menunggu di kebunnya di Kampung Paloh Rawa Hilir di sini hari ini.
A
A
A

MACHANG - Jagung madu yang diusahakan di pesisir Sungai Kelantan di Kampung Paloh Rawa di sini cukup sinonim dengan masyarakat tempatan dan mendapat permintaan yang tinggi setiap kali tibanya musim menuai.

Pengusaha jagung, Zulkifli Rani, 71 berkata, dia mula mengusahakan tanaman jagung di kawasan tepi Sungai Kelantan itu sejak 30 tahun lalu dan menjadi sumber pendapatan utama keluarganya terutama bagi membesarkan 13 orang anak.

Katanya, tanaman tersebut mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan penduduk dan adakalanya di luar jangkaan hingga tidak mencukupi.

Tambahnya, tanaman jagung madu diusahakan secara berkelompok di Kampung Paloh Rawa Hilir, dekat sini yang mana melibatkan pelbagai kaum dan lapisan umur petani.

"Permintaan yang tinggi jagung turut menarik minat orang muda untuk sama-sama mengusahakan tanaman ini dan kira-kira 20 petani mengusahakannya di sini.

"Selain jagung, kami juga mengusahakan tanaman lain termasuk timun tetapi jagung adalah tanaman utama kami di sini," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Menurut Zulkifli, setiap kali musim menuai, peraih dari seluruh negeri akan datang ke kebun jagung itu untuk mendapatkan bekalan jagung dan dipasarkan ke kawasan masing-masing.

"Rasanya yang manis dan sedap menjadi tarikan utama jagung ini malah ada penggemar jagung yang makan mentah. Setakat ini kami tidak mempunyai masalah pasaran malah mendapat sambutan yang di luar jangkaan.

Artikel Berkaitan:

"Selain petani, tanaman jagung ini menjadi lubuk rezeki kepada penduduk tempatan yang mengambil upah menanam dan mengutip hasil tanaman itu selain peraih yang menjadi orang tengah, memasarkannya kepada penggemar jagung," katanya.