Dua cedera parah tersepit ditempat duduk hadapan

Anggota bomba sedang menyelamatkan salah seorang mangsa tersepit.
Anggota bomba sedang menyelamatkan salah seorang mangsa tersepit.
A
A
A

BUKIT JALIL - Seorang lelaki dan seorang wanita cedera parah apabila tersepit di tempat duduk hadapan selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan berhampiran pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, petang tadi.

Menurut sumber dari Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, panggilan kecemasan diterima jam 4.49 petang berhubung kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori muatan dan sebuah kereta.

"Kedua-dua buah kenderaan terlibat terbalik akibat daripada perlanggaran dan terdapat tiga mangsa termasuk dua daripadanya cedera parah.

"Pemandu kereta seorang lelaki dan penumpang seorang wanita cedera parah tersepit di bahagian tempat duduk hadapan manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dan diselamatkan anggota pada jam 5.13 petang sebelum dibawa ke hospital.

Artikel Berkaitan: