Rafizi dilantik Naib Presiden PKR

Rafizi Ramli dan Anwar Ibrahim
Rafizi Ramli dan Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Rafizi Ramli dilantik sebagai Naib Presiden PKR secara lantikan bagi penggal 2018-2021 biarpun tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR semasa Pemilihan PKR lepas.

Pengumuman itu dibuat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini sekali gus menjawab segala persoalan sebelum ini tentang status bekas Ahli Parlimen Pandan dalam parti berkenaan.

Selain Rafizi, Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang dan Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju serta enam yang lain turut dilantik secara lantikan memegang jawatan dalam barisan kepimpinan PKR yang baharu.

Anwar berkata, Majlis Pimpinan Pusat Keadilan telah bermesyuarat hari ini dan antara yang dibincangkan adalah perlantikan jawatan-jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP)

Beliau yang juga Ahli PArlimen Port Dickson berkata, perlantikan baharu ini melambangkan gandingan pemimpin dari seluruh negara yang pelbagai kaum, merangkumi tua dan muda, lelaki dan wanita yang merupakan kekuatan PKR.

Menurutnya, dalam mesyuarat berkenaan, turut mencadangkan Tian Chua untuk mengetuai jawatankuasa keanggotaan dan Lee Boon Chye mengetuai jawatankuasa sistem pemilihan parti.

“Diharap mereka dapat memikul amanah besar ini untuk menunaikan harapan rakyat dalam era Malaysia Baharu,” katanya.

Senarai Jawatankuasa PKR 2018-2021

Artikel Berkaitan:

Presiden PKR: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Timbalan Presiden: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Naib Presiden PKR: Rafizi Ramli

Naib Presiden (Lantikan): Chang Lih Kang

Naib Presiden (Lantikan) (Sabah Sarawak): Ali Biju

Setiausaha Agung: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Bendahari Agung: Lee Chean Chung

Ketua Penerangan: Datuk Shamsul Iskandar Md Akin

Setiausaha Pengelola: Nik Nazmi Nik Ahmad

Ahli MPP (Lantikan):

Lee Khai Loon

Faisal Sanusi

Syed Ibrahim Syed Noh

Rayyan Abdul Rahim

Raymond Ahuar

S Kesavan

Pengarah Strategi: Datuk Dr Mansor Othman

Pengarah Komunikasi: Fahmi Fadzil

Timbalan Setiausaha Agung: Datuk Sri Dr R Santhara Kumar

Timbalan Ketua Penerangan: Sim Tze Tzin dan S Manivanan