Rogol amah: DAP dakwa ada bukti baharu

Koo Ham (dua dari kanan) ditemui media selepas membuat laporan polis malam tadi.
Koo Ham (dua dari kanan) ditemui media selepas membuat laporan polis malam tadi.
A
A
A

IPOH - Kes rogol pembantu rumah warga Indonesia membabitkan Exco Kerajaan Perak masuk ke episod baharu apabila pimpinan DAP, hari ini mendakwa menemui bukti baharu bagi membantu siasatan.

Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa seorang saksi yang terlibat dalam kes itu telah menerima sejumlah wang RM100,000.

"Pada jam 6 petang tadi, semasa berada di sebuah hotel saya telah terima maklumat bahawa orang yang membawa pembantu rumah untuk buat laporan polis telah menerima wang tersebut.

"Lelaki itu turut diugut dengan sepucuk pistol untuk tidak membongkarkan rahsia ini. Saya mempercayai ada muslihat di sebalik dakwaan bahawa Paul Yong Choo Kiong telah merogol pembantu rumahnya," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, malam tadi.

Hadir sama beberapa kepimpinan DAP Perak termasuk Pengerusinya, Nga Kor Ming.

Laporan yang dibuat pada jam 10.15 malam itu antara lain menggesa siasatan lanjut dibuat berhubung kes itu.

Beliau berkata, siasatan terhadap maklumat terbaharu itu perlu bagi membuktikan kebenaran di sebalik kejadian berkenaan.

"Saya tidak mahu mendedahkan butiran lanjut mengenai saksi itu dan menyerahkan segala maklumat kepada polis untuk siasatan lanjut supaya kita tahu agenda tersembunyi di sebalik kejadian ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian hari ini melaporakan, Paul Yong akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, esok atas tuduhan merogol wanita berusia 23 tahun itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dalam satu kenyataan mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu akan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rogol amah: Exco Perak dihadap ke mahkamah esok

Exco Perak didakwa rogol pembantu rumah