Marah kerajaan jangan sampai pasang bendera terbalik

Subramaniam
Subramaniam
A
A
A

KOTA TINGGI - Meskipun mempunyai pandangan yang berbeza terhadap kerajaan, jangan tunjuk ketidakpuasan hati sehingga hilang patriotik kepada negara.

Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, B Subramaniam berkata, sebagai seorang insan dengan latar belakangnya berlainan seperti bangsa, agama dan keturunan harus berbangga kerana menjadi anak Malaysia.

Menurutnya, di sekolah kita telah dididik untuk memahami prinsip Rukun Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan.

"Sekarang berita bendera Malaysia dipasang terbalik oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, sikap ini tidak mempunyai nilai menghormati negara.

"Saya percaya dalam Rukun Negara sendiri telah memberikan maksud yang amat jelas kepada semua rakyat Malaysia bagi kita sama-sama menghayati kesetiaan terhadap negara yang kita sayangi," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, beliau juga mengucapkan syabas kepada Polis Diraja Malaysia Johor kerana cepat dan pantas mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan segera terhadap sesiapa sahaja yang memasang bendera terbalik.

Jelasnya, ia secara tidak langsung adalah satu isyarat bagi menegakkan undang-undang serta menghormati bendera negara kita.

Artikel Berkaitan: