'Jangan terikut-ikut jadi usahawan, perlu ada ilmu'

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Institut Koperasi Malaysia (IKM) menasihatkan individu yang ingin menjadi usahawan supaya menimba ilmu dan mengejar peluang yang terdapat di depan mata.

Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Ariffin Mamat berkata, mereka perlu melengkapkan diri dengan kepakaran, kemahiran untuk berdikari dalam kehidupan.

"Untuk menjadi usahawan jangan terikut-ikut tetapi perlu ada ilmu. Mereka perlu mencari peluang tanpa disuruh dan bijak cari peluang itu," katanya pada Wacana Sinar Siri ke-121 bertajuk Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030: Pemangkin Usahawan Negara di Dewan Karangkraf di sini hari ini.

Ariffin berkata, itu juga antara matlamat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadikan negara sebagai sebuah negara keusahawanan terunggul.

Jelasnya, mereka yang bergelar usahawan perlu percaya sekiranya gagal sekali pun mereka masih berpeluang untuk bangkit melalui kursus atau ilmu itu.

Mengulas lanjut mengenai siapakah yang berperanan menjayakan DKN, beliau berkata, paling penting adalah diri sendiri.

"Jika dia tidak mempunyai keinginan untuk jadi usahawan, berapa ramai usahawan pun tidak akan berjaya kerana individu itu sendiri perlu ada kemahuan," katanya.

Artikel Berkaitan: