Batal semua temu janji, Neelofa dijangkiti Influenza A

Pengacara, Neelofa
A
A

PENGACARA Neelofa, terpaksa membatalkan semua temu janji setelah positif terkena jangkitan Influenza A.

Turut memohon maaf, selebriti berusia 30 tahun itu turut memaklumkan dia kini dikuarantin di sebuah hospital selama seminggu.

"Dukacita dimaklumkan, perjalanan saya ke Saudi baru-baru ini telah menyebabkan saya dijangkiti Influenza A dan saya telah dinasihatkan untuk dikuarantinkan selama seminggu.

"Dengan rendah hati saya ingin memohon maaf kepada semua pelanggan, rakan kongsi dan mereka yang sudah membuat temu janji dengan saya sepanjang minggu ini.

"Saya juga terpaksa menolak semua jemputan majlis dan kunjungan pelawat ke hospital kerana khuatir jangkitan berlaku,” katanya.

"Saya berharap kesihatan saya akan kembali pulih minggu depan dan dapat bekerja semula. Doakan agar saya cepat sembuh," katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi oleh admin media sosialnya menerusi akaun Twitter dan Facebook, semalam.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia