Zakir Naik kekal tinggal di Malaysia: Tun M

A
A

PUTRAJAYA - Pendakwah prolifik, Dr Zakir Naik kekal menetap di negara ini dan tidak akan diusir walaupun kerajaan berdepan desakan ramai pihak.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia tetap kekal dengan pendirian sebelum ini walaupun desakan mahukan beliau dihantar pulang ke India cukup kuat.

“Pada saat ini pendirian kita tidak berubah,” katanya pada sidang akhbar di Perbadanan Putrajaya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Zakir Naik mohon maaf, tak mahu salah faham berlanjutan

Status penduduk tetap Zakir Naik boleh ditarik balik: PM

Zakir Naik berdepan masalah dengan pihak berkuasa Malaysia selepas dilapor mempersoalkan kesetiaan penganut Hindu tempatan dan kedudukan masyarakat Cina ketika berucap pada satu majlis anjuran Kerajaan Kelantan baru-baru ini.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia