Persatuan teksi bantah perkhidmatan GoJek

Mat Yasin (kiri), Bustani
A
A

KUANTAN - Persatuan teksi di Pahang membantah cadangan kerajaan untuk mewujudkan perkhidmatan teksi motosikal, GoJek di negara ini.

Yang Dipertua Persatuan Teksi Pahang Timur, Mat Yasin Talib berkata, kerajaan sewajarnya mengkaji semula cadangan tersebut dan selesaikan dahulu pelbagai masalah membelenggu perkhidmatan teksi di negara ini yang kini bersaing dengan e-hailing Grab.

Menurutnya, keadaan di Malaysia tidak begitu terdesak sehingga perkhidmatan GoJek perlu diluluskan.

"Jika diluluskan GoJek ia dilihat berbahaya untuk penumpang dan risiko keselamatan lebih tinggi.

"Lebih baik kerajaan selesaikan dahulu tuntutan persatuan teksi yang meminta peraturan sama rata terhadap e-hailing.

"Kenderaan Grab perlu dikenakan peraturan seperti teksi contoh lepas saringan Puspakom dan ada insurans nyawa untuk penumpang," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Teksi Bandar Jengka, Bustani Awi turut berpandangan sama dan menganggap belum masanya Malaysia membenarkan perkhidmatan teksi motosikal.

"Memang saya tidak bersetuju kerana Malaysia tidak sama dengan Indonesia.

"Kalau di negara seberang memang patut sebab penduduk mereka terlalu padat tetapi di Malaysia perkhidmatan pengangkutan awam yang ada sudah memadai.

"Ciri-ciri GoJek juga berbahaya kepada pengguna," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

GoJek dapat lampu 'lampu hijau'


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia