Amerika Syarikat talam dua muka

Maduro yang tidak diiktiraf AS sebagai pemimpin sah Venezuela mengadakan pertemuan dengan pegawai pentadbiran Trump.
Maduro yang tidak diiktiraf AS sebagai pemimpin sah Venezuela mengadakan pertemuan dengan pegawai pentadbiran Trump.
A
A
A

CARACAS - Presiden Venezuela, Nicolas Maduro semalam mendedahkan beliau terlibat dalam ‘perbincangan rahsia’ bersama Amerika Syarikat (AS) sejak beberapa bulan lalu walaupun negara itu berdepan sekatan Washington.

Menurutnya, Caracas telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin kanan pentadbiran Presiden Donald Trump.

Perkara itu turut disahkan jutawan hartanah terbabit yang memaklumkan mereka bertemu dengan beberapa wakil dari Venezuela selepas krisis politik di negara tersebut kini berlarutan dan semakin meruncing.

“Saya tidak mahu namakan siapa individu itu, namun kami berbincang pada peringkat sangat tinggi,” kata Trump.

AS adalah salah sebuah daripada 50 negara yang tidak mengiktiraf Maduro sebagai pemimpin sah negara itu selepas pemimpin pembangkang, Juan Guaido mengiytiharkan dirinya sebagai Presiden Venezuela pada Januari lalu.

Ia turut mengenakan sekatan ekonomi pada awal bulan lalu bertujuan untuk memberi tekanan kepada Maduro untuk meletak jawatan. - Agensi

Artikel Berkaitan: