Kerajaan gabungan baharu atau pilihan raya awal?

Conte (tengah) mendakwa Salvini (kiri) tidak bertanggungjawab kerana mencetuskan krisis politik baharu di Itali. - Foto AFP
Conte (tengah) mendakwa Salvini (kiri) tidak bertanggungjawab kerana mencetuskan krisis politik baharu di Itali. - Foto AFP
A
A
A

ROM - Presiden Itali, Sergio Mattarella hari ini memulakan perbincangan intensif bersama pemimpin politik untuk menentukan pembentukan kerajaan gabungan baharu atau pilihan raya awal perlu diadakan di negara itu.

Dua pilihan itu muncul sehari selepas Perdana Menteri, Giuseppe Conte meletak jawatan daripada kerajaan gabungan yang dipimpin Parti Liga dan Gerakan Lima Bintang (M5S).

Mattarella yang mempunyai kuasa tunggal untuk melantik kerajaan dan mengadakan pilihan raya dilaporkan sedia memberi ruang kepada Lima Bintang dan parti pembangkang, Parti Demokratik (PD) untuk mencapai

kesepakatan bagi membentuk kerajaan gabungan baharu seawal Jumaat ini.

Krisis itu tercetus selepas Conte mendakwa Menteri Dalam Negeri, Matteo Salvini ‘tidak bertanggungjawab’ kerana mencetuskan krisis politik baharu di negara itu untuk ‘kepentingan peribadi dan partinya’.

Salvini daripada Parti Liga menjadi punca kerajaan Itali terjerumus dalam kancah perpecahan itu selepas beliau membuat keputusan mengejut untuk menarik diri daripada kerajaan gabungan yang bersama M5S pada 8 Ogos lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: