Jalan 14/4 Seksyen 14 Shah Alam ditutup sementara

MBSA
MBSA
A
A
A

SHAH ALAM - Jalan 14/4, Seksyen 14 di sini akan ditutup sementara sehingga jam 6 petang esok.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, penutupan jalan bagi memberi laluan Majlis Perasmian Avisena Women’s and Children Specialist Hospital esok.

“MBSA menutup sebahagian jalan itu untuk tujuan persiapan dan semasa program berlangsung.

“Orang ramai diminta tidak menggunakan jalan berkenaan pada tempoh tersebut untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari semasa ke semasa.

“Pihak MBSA juga memohon pengguna jalan raya memberi kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak ditujui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara tersebut boleh dibuat kepada Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA di talian 035522 2734.

Artikel Berkaitan: