Ajal rempuh belakang treler

Mangsa dikatakan merempuh bahagian belakang treler yang sedang bergerak perlahan di laluan mendaki.
Mangsa dikatakan merempuh bahagian belakang treler yang sedang bergerak perlahan di laluan mendaki.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah treler di KM459.6 Lebuhraya Utara-Selatan (arah Sungai Buloh-Jalan Duta) hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, dalam kejadian itu, mangsa, Mohd Akbal Charadin, 42, dilaporkan merempuh bahagian belakang treler berkenaan yang sedang bergerak perlahan di kawasan laluan mendaki.

"Ekoran rempuhan itu, mangsa maut di tempat kejadian berikutan kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

"Penolong Pegawai Perubatan Hospital Sungai Buloh mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialaminya itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zani berkata, pemandu treler itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Aliran trafik juga bergerak lancar di lokasi kemalangan. Lorong kecemasan serta lorong kiri turut ditutup untuk siasatan lanjut," katanya.

Mangsa maut ditempat kejadian ekoran daripada rempuhan tersebut.
Mangsa maut ditempat kejadian ekoran daripada rempuhan tersebut.

Artikel Berkaitan: