Larang Zakir Naik ceramah, Pas anggap Melaka pilih bulu

Kamaruddin
Kamaruddin
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kenyataan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari yang senada dengan barisan kepimpinan DAP menolak penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik boleh melukai hati umat Islam.

Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamaruddin Sidek menyifatkan tindakan itu amat tidak wajar kerana Zakir belum lagi dibicarakan, namun kerajaan negeri seolah-olah sudah menjatuhkan hukuman terhadap beliau.

Menurutnya, ia berbeza dalam isu penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin yang mana walaupun mahkamah sudah menjatuhkan hukuman bersalah, beliau masih diberi laluan mudah untuk berceramah di masjid-masjid di negeri ini.

“Saya rasa inilah penyakit kerajaan Pakatan Harapan (PH) iaitu sikap pilih bulu dalam semua keadaan hatta dalam isu agama sekali pun. Saya harap kenyataan Adly itu tidak mewakili 64 peratus umat Islam Melaka. Cukuplah tindakan Ketua Menteri yang banyak menghiris perasaan umat Islam,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Melaka larang Zakir ceramah, hanya dibenar melancong

Kamaruddin mengulas mengenai laporan Sinar Harian semalam berhubung kenyataan Adly yang tidak membenarkan penceramah bebas, Dr Zakir Naik berceramah di negeri ini, namun mengalu-alukan kedatangan individu itu melancong ke negeri bersejarah ini.

Menurut Adly, Zakir sewajarnya memfokuskan kepada bidang dakwah di negaranya memandangkan negara ini mempunyai masyarakat berbilang kaum.

Pada masa sama, Zakir juga dialu-alukan melancong ke Melaka supaya beliau boleh mengenali keharmonian hidup masyarakat di negeri ini.

Artikel Berkaitan: