Melaka larang Zakir ceramah, hanya dibenar melancong

Dr Zakir Naik - Foto sumber internet
Dr Zakir Naik - Foto sumber internet
A
A
A

MELAKA TENGAH - Melaka tidak membenarkan penceramah bebas, Dr Zakir Naik berceramah di negeri ini, namun mengalu-alukan kedatangan individu itu melancong ke negeri bersejarah ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, beliau sewajarnya memfokuskan kepada bidang dakwah di negaranya memandangkan negara ini mempunyai masyarakat berbilang kaum.

"Dr Zakir dialu-alukan melancong ke Melaka supaya beliau boleh mengenali keharmonian hidup masyarakat.

"Dalam masa sama, Melaka boleh menjadi model bagaimana perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama dapat hidup dalam kerukunan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Sebelum ini, Melaka pernah mencatat sejarah tersendiri apabila 20,000 orang hadir sempena syarahan penceramah terkenal itu di Dewan Besar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada April 2016.

Bagaimanapun baru-baru ini, media menyiarkan Zakir telah mengeluarkan kenyataan yang menyentuh keharmonian negara dan disebabkan itu, dua menteri Kabinet iaitu Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh

Deo dan Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran dalam satu kenyataan bersama mahu penceramah itu tidak dibenarkan mengadakan ceramah.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula bersetuju dengan tindakan menghantar balik penceramah itu ke negara asal.

Artikel Berkaitan: