Zakir bawa kebenaran Islam atas dasar kasih sayang

Zarani
A
A

MARANG - Peranan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik bukan untuk memecahbelahkan perpaduan tetapi untuk menerangkan kebenaran tentang Islam atas dasar kasih sayang sesama manusia.

Ketua Muslimat Pas Negeri Terengganu, Zarani Othman berkata, Islam adalah agama perpaduan, tugas setiap pendakwah menyampaikan dan terpulang kepada setiap individu untuk menerima atau tidak.

Katanya, tuduhan terhadap Zakir sebagai melampaui batas apabila menyentuh mengenai kaum Cina dan India di dalam ceramahnya adalah tidak berasas dan kerajaan tidak seharusnya mendengar sebelah pihak.

“Sebab dalam Islam, tiada paksaan dalam agama. Itulah sebabnya kita lihat di Malaysia, kita hidup dalam aman harmoni," katanya juga Ketua Muslimat Pas Kawasan Marang, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 10 jam rekod keterangan Zakir Naik

Tegasnya, Malaysia tidak seperti di India, Myanmar dan seperti negara jiran di mana rakyatnya didiskriminasi dan berlaku keganasan apabila tidak ada rasa hormat-menghormati sesama bangsa berlainan agama.

"Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Mukmin itu bersaudara sesama mereka, tidak seharusnya mereka menzalimi mereka atau menyerah mereka kepada kezaliman," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia