Tiga rentung dalam nahas tiga kenderaan

Anggota bomba membantu memadam kebakaran kereta terlibat sebelum mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit. - Foto ihsan bomba

A
A
A

TRIANG - Pemandu dan dua penumpang sebuah kereta maut selepas terbabit kemalangan dengan dua buah lori di pekan Mengkuang di sini hari ini.

Semua mangsa ditemui rentung selepas tersepit dalam kenderaan yang terbakar kira-kira jam 6 pagi itu.

Anggota bomba membantu memadam kebakaran kereta terlibat sebelum mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit. - Foto ihsan bomba
Anggota bomba membantu memadam kebakaran kereta terlibat sebelum mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit. - Foto ihsan bomba

Bagaimanapun, difahamkan identiti kesemua mangsa belum dikenal pasti setakat ini.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Triang bersama sebuah jentera ke lokasi.

Menurutnya, bomba bertindak memadamkan kebakaran kereta menggunakan semburan buih sebelum mengeluarkan mangsa yang tersepit.