Endurance Ride 2019 catat penyertaan terbesar

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyertai pertandingan berbasikal Shah Alam International Enduride (Enduride Ride) 2019 di AEON Big Bukit Rimau, Kota Kemuning disini.
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyertai pertandingan berbasikal Shah Alam International Enduride (Enduride Ride) 2019 di AEON Big Bukit Rimau, Kota Kemuning disini.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 1,400 peserta terdiri daripada masyarakat tempatan termasuk peserta dari luar negara menyertai pertandingan berbasikal Shah Alam International Enduride (Endurance Ride) 2019.

Lebih menarik, pertandingan yang diadakan kali keenam itu melibatkan penyertaan yang terbesar berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kassim berkata, program itu dianjurkan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama Bike Away Sdn Bhd.

"Lebih mengujakan apabila Enduride Ride ini menyaksikan penyertaan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang berkenaan menyertai pertandingan ini.

"Penyertaan kali ini menyaksikan peserta daripada luar termasuk Indonesia, Switzerland, United Kingdom, Jepun, India dan beberapa negara lain," katanya.

Antara peserta yang terlibat dalam pertandingan berbasikal Shah Alam International Enduride (Endurance Ride) 2019 di AEON Big Bukit Rimau, Kota Kemuning di sini.
Antara peserta yang terlibat dalam pertandingan berbasikal Shah Alam International Enduride (Endurance Ride) 2019 di AEON Big Bukit Rimau, Kota Kemuning di sini.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada pertandingan berbasikal Shah Alam International Enduride (Endurance Ride) 2019 di AEON Big Bukit Rimau, Kota Kemuning di sini.

Menurutnya, pertandingan kali ini menjangkau jarak sejauh 155 kilometer bagi menguji fizikal dan mental para peserta.

Artikel Berkaitan:

"Program kayuhan ini bermula dan tamat di AEON Big Bukit Rimau, Kota Kemuning melalui jalan-jalan di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPS).

"Endurance Ride 2019 kali ini mempertandingkan dua kategori iaitu Road Race bagi lelaki junior bawah 19 tahun, lelaki terbuka berumur 20 tahun sehingga 34 tahun. Manakala Lelaki Senior Master berumur 40 tahun ke atas dan wanita terbuka manakala Road Ride Kayuhan Santai bagi lelaki junior bawah 19 tahun, lelaki terbuka berumur 20 sehingga 34 tahun, lelaki Senior Master berumur 46 tahun ke atas dan wanita terbuka," katanya.

Antara peserta yang terlibat dalam pertandingan berbasikal Shah Alam International Enduride (Endurance Ride) 2019 di AEON Big Bukit Rimau, Kota Kemuning di sini.
Antara peserta yang terlibat dalam pertandingan berbasikal Shah Alam International Enduride (Endurance Ride) 2019 di AEON Big Bukit Rimau, Kota Kemuning di sini.

Jelasnya, MBSA amat komited melaksanakan program berbasikal yang kini menjadi trend kepada golongan belia terutamanya.

"Program ini merupakan platform oleh pihak MBSA untuk menganjurkan acara berbasikal bertaraf antarabangsa selaras dengan usaha menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya sukan.

"Program ini turut dijadikan produk tarikan pelancongan sukan di Shah Alam selain acara lain seperti Kayuhan Santai Shah Alam, Pertandingan Berbasikal Kriterium Shah Alam dan sebagainya," katanya.