Tiga kereta musnah dalam kebakaran bengkel

Antara kenderaan yang terlibat dalam kejadian kebakaran di sebuah bengkel kenderaan di Kota Damansara awal pagi tadi.
Antara kenderaan yang terlibat dalam kejadian kebakaran di sebuah bengkel kenderaan di Kota Damansara awal pagi tadi.
A
A
A

KOTA DAMANSARA - Pemilik sebuah bengkel kenderaan di sini berputih mata apabila tiga buah kereta milik pelanggannya terbakar dalam kejadian di Kota Damansara awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 5.29 pagi tadi.

"Sebuah jentera bersama enam anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kebakaran melibatkan tiga buah kenderaan jenis Subaru di bengkel tersebut yang mana dua buah kereta musnah 100 peratus manakala sebuah lagi mengalami kebakaran lima peratus," katanya.

Pihak Bomba sedang menjalankan kerja pemadaman di lokasi kejadian.
Pihak Bomba sedang menjalankan kerja pemadaman di lokasi kejadian.

Hafisham berkata, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

"Setakat ini punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: